Bismillahirahmanirrahim.
Apa bezanya erti kawan, teman, sahabat?
Apa maknanya berukhwah seandainya seringkali hati terasa bagai disiat-siat?
Adakah itu yang dinamakan ikhlas?
Hanya Dia lebih tahu setiap yang terlintas.
Jujur, aku sayang kau.
Aku tahu, aku memang tak sempurna.
Kau di antara yang banyak membantu.
Jelas di sudut hati, kau turut menyayangiku.
Kebelakangan ini.
Aku resah.
Resah memikirkan ukhwah ini.
Antara aku, kau, dia, dan mereka kerana aku sebolehnya tidak mahu kita berpecah-belah.
Ego.
Susahnya nak menundukkan rasa.
Rasa yang boleh membinasa.
Rasa yang kadangkala bisa menghancurkan segala-galanya.
Aku sayangkan kau.
Sehingga aku terpaksa wujudkan sedikit jurang.
Jurang bukan untuk menjauh dari kau.
Tapi, beri kau ruang dan peluang berfikir dengan lebih matang.
Aku sayangkan kau.
Kau punya kelemahan.
Begitu juga dengan aku.
Ayuh sama-sama berlapang dada terima setiap satu kekurangan.
Terlalu rindu ukhwah semanis dulu.
Ya Allah, titipkanlah rasa cinta dalam hati-hati kami.
Biar kami sentiasa menyayangi dan saling mencintai.
Moga tautan hati antara kami kembali bertaut semekar kuntuman mawar di taman syurgawi.
Rindu. Rindu. Rindu. :')
.jpg)



10 comments:
Allahhuakbar. Kalau nak dicerita mengenai persahbatan ni kadang-kala boleh membuatkan kita sendiri menangis :') Cemburu dalam persahabatan ? Sedaya upaya ku cuba untuk mengikisnya daripada bertakhta diruang hatiku. :') Semoga ikatan ukhuwah kita jaga sebaik mungkin. Biarlah sakit macam mana sekalipun. Anggap itu satu ujian buat kita tanda kasih dan sayangnya Allah terhadap kita :)
Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, “Sahabatmu yang sejati adalah siapa yang setia bersamamu, yang rela menderita demi kebaikanmu, yang mendatangimu apabila engkau ditimpa musibah dan yang bersedia berkorban demi menolongmu. Abu Dzarr al-Ghiffari radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kesendirian lebih baik daripada sahabat yang berakhlaq buruk dan sahabat yang berakhlaq baik lebih baik daripada kesendirian.
SAHABAT . "selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" Saidina Ali. Cembuku dengan ukwah yang telah terjalan sejak bertahun antara akak dengan sahabat... tapi sayang adek pulak tidak memilikan sahabat cuma memiliki kawan sebagai gelak ketawa..
sahabat yang serasi ngan kita mang susah nak cari ,bila dah dapat hargailah mereka huhu..
sabar ya nies.. dlm persahabatan byk masalah dan kena hadapi dgn sebaik-baiknya. jgn sampai ada musuh :)
Amin..ape pun, berkawan la elok2 =) niat ikhlas kerana Allah..smoga persahabatan 2 berkekalan sampai bila2..dunia dh maju, kalau rindu text n cll je..smoga dipermudahkanNya..
ikhlas berkawan insyaallah allah akan menjaga hubungan itu agr tidak terlerai :)
rindu kat kawan lama bila terbaca entry niyh..
Emmm??
Saya setuju dgn cakap anda tu.
Post a Comment