7 July 2013

Surat Dari Bakal Ibu Mertuaku

Bismillah......

Duhai gadis yang baru kukenal,
 Tahukah kau dia puteraku, 
Lahir dari rahim suciku, 
Kupertaruhkan hidupku untuk memilikinya, 
Anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya kubesarkan dengan segenap rasa cintaku.

Duhai gadis pilihan putraku, 
Ibu harap kau mempunyai TANGAN yang lebih lembut dari tanganku,
Kerana ibu tak mahu kau melukai puteraku.

Duhai gadis pilihan puteraku,
Ibu harap kau mempunyai SENYUM yang lebih sejuk dariku,
Kerana puteraku akan datang kepadamu untuk mencari ketenangan,

Duhai gadis pilihan puteraku,
Ibu harap kau mempunyai TUTUR KATA yang SEINDAH EMBUN,
Kerana ibu tidak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya.

Duhai gadis pilihan puteraku,
Jadilah anakku,
Agar ibu tak pernah rasa kehilangan puteraku kerana kehadiranmu.

*Dipetik dari "Surat untuk Calon Menantu Perempuan" - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood.
.
.
.
.
.

Bakal ibu mertuaku yang kukasihi lagi kusayangi,
Betapa besar pengorbanan seorang ibu,
Mengandung, melahir, membesarkan,
Perit, aku tahu itu,
Tapi, keperitan rasa itu akan hilang andai anak-anakmu sentiasa bersamamu,
Aku takkan sekali-kali ambil dia darimu,
Kerana mereka sebahagian daripada nyawamu,
Lagi pula syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Wahai bakal ibu mertuaku,
Andai aku lah yang tertulis untuk anakmu,
Sesudah akad terlafaz,
 Aku akan setia menemani anakmu,
Belayar dalam bahtera cinta,
Menuju redha Tuhanku.

Wahai bakal ibu mertuaku,
Aku seorang gadis, 
Aku seorang wanita, 
Sama dan sefitrah denganmu,
Persiapan demi persiapan perlu kuatur satu-persatu,
Demi menghadapi hari mendatang,
Berilah aku peluang dan ruang untuk mensolehahkan diri buat ummi dan ayahku terlebih dahulu,
Barulah aku yakin, aku bisa menjaga anakmu yang sudi menjadi suamiku. 

Wahai bakal ibu mertuaku yang tersayang,
Andai saat lafaz sakinah itu tiba,
Terimalah aku seadanya,
Kerana aku hanya insan biasa,
Tiada pernah lari dari khilaf dan dosa,
Andai aku tersalah, 
Bimbinglah aku, 
Kerana aku amat merindui taman-taman syurga,
Inginku bawa bersama-sama seluruh insan kesayanganku ke sana.

Ikhlas dari aku,
Calon menantumu.


19 comments:

Teena Tna said...

Takutnya nk jumpa mak mertua...

Unknown said...

kalau bagi mak mertua nie, mesti tak kena reject ! hahaha, berangan .. nice entry kak :) sgt bguna :D

Mizz Aiza said...

bagu jawapan surat tu anis.. akak suka baca..

Anonymous said...

cantiknyer bahasa anies..akak suka...

Lieza Nordin said...

insyaAllah diterima :DD

Unknown said...

alhamdullilh..:)

kacang said...

jawapan tu sangat best.suka=)

Latifahzainal said...

jawapan yg bagus..

Fais-SKA said...

=)seorang isteri yg baik..msti dia jga hubungan suami dgn ibunya..

Mormor said...

puitis nyee kak nies . suka sgt reply surat tuu . sweet :'D

Unknown said...

tersentuh hati kak :)

Unknown said...

Indah... sangat indah kak
saya suka
:)

Anonymous said...

Wah... Alangkah Indah kalau bahasa harian kita sentiasa Indah begini...
Lembut bunyinya... santun iramanya... (^_^)

Aida Ismail said...

Amboi bermadah puitis Nies. Hekhek~ Nice! :)

cik jari manis said...

nnti nak bagi ni dkt bakal ibu mertua..hehe..in shaa allah...nice entry akak...rasa nak menitis air mata baca jawapan akak... =')

Anonymous said...

xbole copy paste ke ? :)

si kiut lavender said...

Ya Allah...terkesan jauh dalam hati ini...:)

kay_are said...

memang mendalam maksud balasan surat ni.. indah =)

Hanan Glory said...

wah..bertuahnya mak mertua dpt menantu cmnie..:-)