Bismillah.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan ruang dan peluang untuk memasuki gerbang Ramadhan yang mulia. Allahu, sungguh. Tak mampu nak aku ungkap betapa bahagianya hati ini kerana terpilih untuk melalui nikmat terindah ini. Alhamdulillah kuucapkan sebagai tanda syukur pada Illahi. :)
Semalam, aku perasan, dari pagi hingga ke malam, cuaca sangat baik, tak sejuk sangat, tak panas sangat, dingin je bersama angin yang menyentuh pipi mulus insani. Tengahari hujan renyai-renyai sebagai tanda Allah merahmati 30 Sya'aban hari terakhir sebelum melangkah masuk ke dalam Ramadhan Kareem.
Semalam, class pack, tapi hati rasa bahagia, tak tahu kenapa. Mungkin petanda Allah campakkan rasa cinta sayugianya melangkah masuk ke dalam bulan yang sangat-sangat aku rindui. Di sebelah petang, dapat gathering sekejap bersama my besties, makan sama-sama before malam tu pergi bertarawikh bersama-sama di Masjid Al-Azhar yang sangat indah tersergam di dalam campus aku. Ramai jemaah yang hadir, students termasuk jugak warga luar, Alhamdulillah. Sejuk hati. Moga-moga istiqomah sehingga ke malam terakhir Ramadhan, amin. Tersenyum sendiri aku semalam melihat mereka berdiri di dalam sof masing-masing. Terdetik dalam hati, 'Moga-moga ini bukan Ramadhan terakhir bagi kami, dan moga-moga istiqomah kami dalam beribadah kerana-Mu.' Rasa rindu bertemu Illahi makin mencengkam. Allahu. :')
Dekat sini, aku nak senaraikan whishlist untuk diri aku dan kalian semua sepanjang bulan Ramadhan ni, and berharap dapat kita teruskan walaupun Ramadhan telah pun beransur pergi. :'( Yang mana, walau se-busy mana pon aku, aku akan cuba sedaya upaya jugak untuk cari masa laksanakannya. Mana tahu kalau-kalau korang pon boleh take note sama, right? Kerana apa? Benda baik tak salahkan kalau kita nak sama-sama buat?
Before tu, apa yang paling penting, first thing is niat berpuasa di malam hari before tidur, okay? Then, pleasseee, jangan tinggal sahur. Sebab amalan sahur ni ada berkat di situ. Nah, hadith yang mafhumnya berbunyi, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur ada barakahnya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
1. Tadarus Al-Quran/ Memperbanyakkan membaca Al-Quran dengan kadar tenang dan tidak tergesa-gesa. In shaa Allah, target nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni. Biiznillah.
2. Qiamullail.
3. Pergi bertarawikh di masjid/ surau. Buat individu pon boleh, tapi afdhalnya berjemaah kan.
4. Banyakkan berzikir.
5. Solat sunat Dhuha.
6. Bersedekah. Tak kiralah berapa pun, sebab apa? Sebab Allah tak nilai berapa nilai yang kita sedekahkan tu, tapi Allah nilai keikhlasan hati kita di dalam menunaikan haq-Nya.
7. Perbanyakkan berdoa semasa berpuasa dan hampir berbuka.
8. Berbuka dengan kurma.
9. Kurangkan waktu tidur.
10. Semakin rajin untuk belajar dan menyiapkan assignment yang bertimbun. =="
11. Jaga hubungan dengan ummi ayah.
12. Mengelakkan dari percubaan dan perbuatan munkar/ maksiat yang boleh melemahkan iman.
In shaa Allah, kita sebagai manusia hanya merancang. Walau sebaik mana pun bagi kita perancangan kita, ingat, perancangan Allah adalah yang paling paling paling terbaik! So, serahkan segala pengharapan pada Allah. In shaa Allah, jika kita menjaga hak kita dengan Allah, Allah akan jaga jugak hak kita sesama manusia umumnya.
Sebelum tu, aku nak minta maaf zahir dan batin andai pernah melakukan apa-apa kekhilafan sama ada secara sengaja atau pun tidak. Moga fasa Ramadhan kali ini merupakan satu platform bagi kita semua umat Islam untuk memperbaiki serta memperbanyakkan amalan ibadah kita. In shaa Allah. Moga berbahagia semuanya. :)
Last but not least, di kesempatan ni, aku nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak. Selamat meneruskan ibadah-ibadah sampingan di samping menunaikan ibadah khusus di bulan mulia ini. Moga kita dapat terus merasai nikmat Iman, Islam dan Ihsan sehingga ke syurga. Mari menjadi hamba. Hamba pada siapa? Hamba pada Ilah, bukan pada nafsu syahwah. :)
Before tu, tadi aku bukak fb, terbaca pulak status Kak Dieba, merangkap usrahmates aku. Dia ada share satu link mengenai ---> Mutabaah Amalan Harian. Korang boleh klik je dekat link aku bagi tu. So, kita boleh guna pakai dan jadikannya sebagai guideline yang mana kita boleh tandakan ataupun tick progress amalan harian kita. Comel sangat, seriuss! Hehehe. Saja nak buat share dekat semua. Benda baik, in shaa Allah, Allah berkat. :')
Ramadhan Kareeem!
Till then,
With loves and happy fasting!
Assalamu'alaikum.
Assalamu'alaikum.





20 comments:
selamat berpuasa dan beramal ibadah , semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas :)
May Allah bless us always :)
salam ramadhan dan selamat berpuasa
good sharing
selamat menjalani ibadah puasa. moga ibadah yg djalankan dlam blan yg mulia ini diberkati Allah. Amin2x
terima kasih di atas perkongsian ni anis.. selamat menjalani ibadah puasa.. :D
selamat menjalani ibadah puasa..
selamat menyambut ramadhan al mubarak nies...semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih bermakna dan diterima Allah SWT..Isyaallah..aamiin..seblm tu lisa nk minta ampun maaf kalau ada tersalah tutur kata selama berblogging... ;)
terbaiklah perkongsian sis ni..tq anies syg..
Alhamdulillah =) perkgsian yg baik nies..Salam Ramadhan..
ramadhan karem :D
cuaca lately ni pun redup2 hujan lebat..alhamdulillah la.. nikmat berpuasa juga.. hehe..salam ramadhan kak awanis ya..!
salam ramadhan jugak akk =)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Cik Nies...
Smoga Ramadhan kali ni lebih berkat dari sebelumnya... Insya ALLAH (^_^)
selamat berpuasa dear :)
lama x singgah sini kan.hehe.. <3
Salam Ramadhan Nies :) Selamat menyempurnakan ibadah puasa di bulan yang mulia ini..
Selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia.. :)
nice one! insyaAllah dlam bulan ramadhan ni kte sama2 byakkan ibadah =), btw feel free to visit my blog skasstory.blogspot.com
Salam ramadhan akak.. =) semoga ramadhan kali ni...lebih baik dari yg sebelumnya =) *suka jadi silent readers blog akak* =)
salam ramadhan ya...
thanks atas perkongsian ini...:)
selamat menjalani ibadah puasa gak ye.. semoga ramadhan kali ni lebih dari yang sebelum nye.. =)
Insyaallah.Salam Ramadhan untuk semua :)
Post a Comment