Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Salam Jumaat dan selamat pagi. Alhamdulillah, masih diberi nikmat pinjaman nyawa untuk tetap bertahan bernafas bagi menjalankan tugas seorang hamba kepada Tuhan Yang Paling Maha. Ok, cuti midsem start dah Alhamdulillah selamat sampai kampung. But please, tolonglah tolong wahai diri untuk kasihankan diri sendiri supaya menggagahkan diri untuk terus gagah dan gigih dalam menyiapkan kerja-kerja anda yang bakal disubmit selepas sahaja midsem habis. Sekian dan harap maklong.
*Ni gambar 3 tahun lepas kot. Kalau tak silap. Masa dekat Langkawi. Masa ni ayah kuat lagi. Dan, in shaa Allah, ayah akan tetap kuat. Kekasih hati dunia akhirat. :')
Ok ok. Sebenarnya mood tak berapa nak baik. Tapi, paksa diri untuk jadi baik. Risau tentang kesihatan ayah sebenarnya. Malam tadi turun bas dekat Ipoh, ingat nak tengok ayah sekali dekat hospital Ipoh. Tapi, ayah kata balik rumah dulu, sebab ayah tak boleh nak discharge lagi sebab tube dekat perut ayah bocor. Ummi tunggu ayah. So, Dr tahan ayah untuk 3 hari lagi untuk perbetulkan tube tu and bagi antibiotik. Ayah penghidap sakit jantung. Ayah penghidap penyakit hernia (angin pasang). Dan, ayah juga penghidap sakit buah pinggang almost 5++ years already. Before ni ayah cuci darah secara haemodialysis seminggu 3 kali (Selasa, Khamis, Sabtu) dan ayah still bekerja. By the way, sekarang Dr dah tak sarankan ayah cuci darah by HD. Dr sarankan alternatif lain iaitu CAPD, iaitu bahasa ringkas dia cuci darah by air (air apa aku tak berapa pasti). Dua minggu yang lepas, ayah dah warded kat hospital sebab Dr nak buat operation pasangkan tube dekat perut untuk gantikan sarang HD kat tangan ayah. Sempat jugak aku jaga ayah sepanjang tempoh operation tu dalam 3 hari dan terpaksa balik semula Bangi even berat hati. Fyi, kaedah ni kene buat 4x dalam sehari. 8 pagi, 12 tengahari, 4 petang dan 8 malam. Buat dalam setengah jam sekali je. But, nampak macam rumit jugak tapi takdelah se-complicated HD. Kaedah ni ahli keluarga kene belajar handle sebab boleh buat dekat rumah. Setakat ni aku tak tengok secara real life lagi sebab tak sempat attend kursus tu, ingat nak tengok semalam masa sampai tapi ayah suruh balik dulu, tak boleh jaga ramai-ramai dekat hospital, ummi la yang tunggu ayah. Setakat ni yang attend kursus dengan Dr tentang explaination CAPD tu kakak dengan ummi. In shaa Allah esok ayah boleh discharge. Amin. In shaa Allah, by next year ayah akan pencen. Alhamdulillah rasa lega. Nak bagi ayah berehat. Kesian tengok ayah. Tahu dia penat. Tahu dia sakit. Sakit teramat. Tapi, ayah seorang yang sangat kuat. Entah. Kekuatan dari mana yang dia dapatkan, aku tidak tahu. Tapi yang aku tahu, hubungan ayah dengan Tuhan, erat. Nak jadi kuat macam ayah. Kuat luar. Kuat dalam. Even sakit, tak pernah nak tunjuk yang dia sakit. Ayah sangat humble. Selalu letak kebergantungan dan pengharapan pada Tuhan, bukan pada insan. Dan, aku mula rindu sosok tubuh itu. Takpe Nis, esok boleh jumpa. :')
Lepas habis cuti midsem seminggu, kelas macam biasa. Tapi, maybe dalam Khamis tu
kene gerak pergi Terengganu untuk majlis sambut menantu kakak aku. Ok, tersedar balik yang kakak aku dah kawen! :'D Selama ni duk bergurau bergaduh tarik rambut apa semua rasa macam sama je dengan before dia kawen hehe. Ok, aku doakan semoga kau bahagia kakak dengan suamimu yang sangat engkau kasehi. Aminn.
*Gamba raya tahun ni before kakak kawen. Ok, so sweet tau kakak bagi duit raya kat adik yang dah besar panjang haha.
Ok, berbalik pada main topic. Actually, dah lama tak berjalan. Alhamdulillah, at last, dapat jugak berjalan even sekejap je. Harap masa tu kesihatan ayah dan ummi baik-baik saja. Aminnn. Masa kecik-kecik pernah la pergi parent bawak jenjalan. Bila dah besar tak reti nak jalan dah haha. Sabar jela. Jarang sangat pergi negeri-negeri pantai timur sebab takde sedara-mara kat sana. Bagi aku maybe sebab jauh kot. Sebab tu jarang ada planning untuk ke sana dengan family. Padahal member-member ramai gila asal dari pantai timur. Takpe, setakat ni geng F4; Shida, dah kawen, haritu tak dapat jugak nak pergi sebab aku jadi pengapit Atie dua-dua blah pihak kat Melaka and Bangi. Pastu memang dua-dua blah clash tarikh. So, takpe. Next turn Siti and Mekna, in shaa Allah aku cuba gagahi untuk sampai sana. Amiiinnnn.
Ok, cukup setakat ni kot. Doaku setiap detik dan setiap saat, moga-moga Tuhan Yang Paling Maha berkati ummi dan ayah, seluruh ahli keluargaku, saudara-maraku, guru-guruku, sahabat-sahabat tersayang dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Eratkan silaturahmi antara kami, biar kami bersatu, biar kami maju-- teruntuk agamaMu, Rabb.
Ya Allah, sungguh, hanya kepadaMu tempat aku bergantung harap. Sepenuh hati. Tiada yang lain, hanya pada-Mu.