24 February 2014

Redha

Bismillah.

Jam sebegini masih belum bisa kulelapkan mata.
Bukan niatku bunuh masa-masa.
Jiwa sesak seolah ada sesuatu petanda.
Benar kata Tuhan.
Kadangkala yang disangka kita baik itulah ter-buruk buat kita.
Kadangkala juga yang disangka buruk itulah yang ter-baik.
Tiada disangka-sangka.
Sekali Rabb Maha Kuasa berkata 'Kun fayakun', tiada suatu kuasa lain bisa mengalahkan kekuasaannya.
Ku-sedar.
Ku-akur.
Dia kurniakan dia sebagai pinjaman.
Tak yakin lagi-kah cinta teragung itu datangnya apabila kita ber-balas cinta dengan Yang Esa??
Ya Rabb, andai pinjaman ini bisa membawa aku ke neraka-Mu, jauhkan lah ia dariku. 
Andai pinjaman yang Kau utuskan ini adalah ujian untuk meningkatkan tahap keimanan aku, kurniakan aku kekuatan untuk terus bersabar dengannya. 
Ya Allah. Aku rela derita menghadapi setiap ujian-Mu andai hanya itu sahaja yang bisa dekatkan aku pada cinta-Mu yang satu.
Ku-mohon, jagakan dia untukku. 
Jagakan dia di tempat selayaknya dia berada. 
Jangan jadikan aku fitnah buat dirinya.
Moga dia bahagia.
Moga dia berjaya.
Kerana-Mu.


11 February 2014

Ujian Ajari Aku Apa Itu Sabar

Bismillah.
Pernah tak rasa susah nak buat keputusan? Dalam fikiran tak tentu hala, fikir tu tak kena, fikir ni tak kena. Serba tak kena. Kadang tu sampai buntu tak tau nak buat apa. Sedar diri. Mungkin diri ni tak macam orang lain. Mungkin?

Lemah. Bukan lemah. Tak. Tak. ya, memang Allah ciptakan manusia tu lemah, tapi manusia jugak sebenarnya Allah dah guide, Dia suruh kita cari kekuatan tu. Dekat mana? Dekat dalam Al-Quran tertulis ayat-ayat cinta Dia, sumber kekuatan yang ada. Tapi, inisiatif diri ni setakat mana? Diparas apa?? Erghhh. Tampar pipi sendiri berkali-kali. 

Sabar dan solat. Dalam Al-Quran Allah dah tulis terang-terang benda tu. Tapi, sejauh mana kau praktikkan dalam kehidupan seharian? Biasa lah. Manusia. Bila susah baru nak ingat Tuhan, bila senang, mana kau campakkan nilai kesedaran?

Rindu. Rindu setiap kali usai solat, air mata menjadi peneman. Bukan sebab kesedihan tak mampu dah nak hadapi ujian yang bertalu-talu tertimpa pada jasad dan rohani. Tak. Tak. Bukan itu. Tapi, air mata yang penuh dengan 1001 ketengan yang hadir bersama-samanya. Tenang yang aku sendiri tak tahu nak ungkap bagaimana. Yang aku tahu, aku rindu. Allah, beri aku peluang untuk merasai nikmat itu untuk kesekian kalinya. Bukan aku kata, aku tak bersyukur dengan nikmat yang sedia ada. Alhamdulillah. Kupanjatkan ribuan kesyukuran yang tidak terhingga nilainya. Namun, kurela payah, kurela diuji bertalu-talu oleh-Mu andai itu sahaja caranya aku lebih dekat dengan-Mu. :'(


"Cemana nak lepaskan sesuatu yang betul-betul kita sayang, dengan penuh ikhlas?" 

Dah kenapa kan aku tanya soalan macam tu dekat wechat? Takde keje lain gamaknya. Tapi, tu antara salah satunya perkara yang sedang bermain-main dalam fikiran aku sekarang. Hamdan lillah, Jannah merangkap ex-classmate aku time foundation dulu cuma menenangkan aku dengan kata-kata yang kukira superb dan menyentuh jiwa dan raga termasuklah sekutu dengannya. Blogpost dia bertajuk Lepaskan Seikhlasnya. Serius, kena pada aku sekarang. Thanks Jannah. Aku hargai atas setiap kata-kata kau.

Tak kisah la apa-apa pun, kawan-kawan aku pesan, yang penting sekarang, jaga hubungan dengan Allah. Jangan ragu-ragu. Bila kita yakin dengan Allah, segalanya kita akan rasa mudah. Bukan kata tak buat apa-apa usaha untuk cari solution terbaik, tapi bila dekat je dengan Allah, automatik kita akan rasa sebenarnya hidup ini tak susah mana pon. Ya, memang, ujian tu payah. Perlukan mujahadah. Sebab tu Allah suruh kita ingat Dia. Bila ingat Dia, hati jadi tenang. Bila hati tenang, senang nak nilai baik buruk sesuatu keaadaan.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Baki masa yang tertinggal, tahu ini penat, tapi aku yakin, semua ini akan terasa indahnya manis di penghujungnya sebab aku punya Allah. :')

Tak lama dah. 
Usaha--Jangan mengalah.
Bangun jatuh--Usah kalah-kalah.
Doa. Doa. Doa.
Dia dengar.
Senyum lagi ya?

:')

--Assignments--Thesis--Presentations--Mocktrial--Practical--
Please be nice heh?