30 June 2013

I Need A Space

Bismillah. 

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Alhamdulillah, semalam dapat jugak luangkan masa half day bersama adik dan kakak aku. Release sikit bebanan yang aku tanggung. Walau sekejap, tapi macam-macam yang sempat kitorang buat. Hukhuk. Nikmat bersama family. Alhamdulillah. Thanks kakak dan adik, sebab sudi bawak aku keluar. Tapi tulah, bila time nak balik je, for sure, hati jadi sebak tak terkata. Hey, umur kau dah berapa hah asyik nak nangis je kerja! Huh. *Saya okay, saya dah besar! :') 

Hari ini ditinggalkan alone sebab roomate semua balik, and for sure kengkawan pun ramai-ramai balik. Sedih. Hari ni memang hari diet sedunia ye tuan-tuan dan puan-puan. Just makan chipsmore cicah nescafe dari pagi till night. Almaklumlah, dah gemoks. So, hambik peluang berdiet. Padahal, takde teman nak turun carik makan. Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Barang untuk masak memang takde lah kan kat dorm aku nih. Kalau seminggu camni, boleh slim river i. 

Anyway, tomorrow nak ikut Kak Izza pergi Pejabat Ikram Daerah Hulu Langat, ada Majlis Perasmian Ikram Siswa dekat sana. For sure pepagi dah kena keluar sebab start program pukul 9 pagi till to 11 pagi in shaa Allah. Moga segala-galanya berjalan dengan baik. Then, lepas tu, kalau diberik kesempatan, nak hang out kejap dengan kawan lama, merangkap my bestie time sekolah dulu. In shaa Allah. 
.
.
.

Untuk AWAK.

 Aku perlukan space. Space untuk bernafas dengan baik. Aku mohon, jangan buat aku rasa lemas dan rasa tak senang untuk meniti hari-hari. Beri aku peluang dan ruang untuk aku bebas kecapi apa yang aku ingin. Aku punya impian. Mohon, tolong jangan halang langkah kaki aku. Jangan bagi aku rasa serba salah untuk terus melangkah. Satu je aku mintak, doakan aku, kerana aku sentiasa mendoakan kebaikkan buat kau. Sorry. 

Tuhan, andai langkah kaki ini lemah, aku mohon, berilah aku kekuatan untuk terus menapak dan melangkah. Aku yakin, aku tak sendirian, kerana cinta Kau sentiasa ada denganku. :'(





27 June 2013

Kehilangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hey, kenapa eh lately rasa something like kehilangan? Rasa macam nak lepaskan beban yang terasa berat kat dalam dada ni. Tapi still sampai sekarang tak dapat nak describe bebetul apa benda. Huuuuhhhhhh!

Hati, raja buat diri. Kalau kau boleh manage hati kau, in shaa Allah, altogether will gonna be fine. Usah gentar. Usah takut. Allah sentiasa ada sebelah kau. Itu pun kalau kau tak lari dari Dia lah. Tolonglah, hargailah Allah, jagalah Allah, kalau kau nak Allah hargai kau, kalau kau nak Allah jaga kau.

Yang penting, tolong, jaga solat kau. Kalau kau rasa tak mampu nak buat adds-on, cukup lah buat masa ni kau sempurnakan sebaik mungkin solat fardhu kau yang 5 waktu sehari semalam tuh, solat awal waktu, kalau berkesempatan grab peluang untuk berjemaah. Bukan susah sebenarnya. Yang jadi susah bila kau dah set dalam minda kau susah susah susah, so disebabkan tu kau lepaskan. Remember one thing, bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. 

Kalau kau nak something yang kau suka, mesti kau cuba sehabis baik kan untuk mendapatkannya, walau sesukar mana pun right? Sama jugaklah babnya dengan hati. Segala-galanya berpunca dari seketul daging bernama hati. Baik hati, baiklah diri, buruk hati, na'uzubillah. Cubalah, cuba. Jangan putus asa. Pedulikan hasutan dan bisikan syaitan yang tidak henti-henti menghasut. Kau imagine okay, kalau syaitan tak pernah putus asa dalam menjalankan tugasnya, kenapa kau pulak yang nak berputus asa bagai? 

"Jangan berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [Yusuf : 87]

Kau sepatutnya rasa beruntung tau, keliling kau, dipenuhi insan-insan yang sentiasa mengingatkan kau bila kau terlupa, ummi ayah yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kau dunia akhirat, bulatan gembira yang sentiasa mengingatkan kau tentang kebesaran Illahi, sahabat-sahabat yang sekalipun tak pernah tinggalkan kau. See? Betapa Allah sayangkan kau, Dia tak pernah buat kau rasa keseorangan untuk melangkah jauh ke depan. Bersyukurlah, dalam kesusahan yang kau rasai saat ketika ini, ingat ada orang lain yang lebih terseksa menanggung rasa sakit ujian yang menimpa.  

Ingat, Allah is the best planner and He knows the best. Most important thing is you try to leave the bad thing and just do something that you think is the best and trying harder to improve it.

Oh Tuhan, satukanlah hati kami dalam menyintai, redha atas ujian diberi, jauhkanlah kami, dari rakus mengejar duniawi, hidup mati biarlah untuk-Mu, harap dunia hanya di tangan, bukannya di hati untuk dicintai.