6 January 2016

Weh!

Bismillah.

Weh!

Esok last paper. Rasa nak nangih.

Doakan.





Hm. Hm. Hm. Takde idea la nak tulih. Buntu.

Jaga diri, hiasi peribadi.






Kbai.

23 December 2015

Titanium.

Bismillah.

Subhanallah. Dekat dua bulan tak jenguk awak wahai blog kesayangan. Maafkan mummy sayang. Mummy tak sengaja. Lately mummy busy dengan tugasan akhir untuk final semester mummy. Lagipun wireless dekat kampus and kolej mummy cam teruk sikit semester ni. Bila ada internet, mummy tak sempat nak spent time pun dengan awak sebab mummy dahulukan benda lain yang penting. Awak faham kan? :')

Doakan mummy. Mummy dah nak final exam ni. Mummy risau, takut, tak yakin semua bercampur dalam satu. Doakan mummy berjaya lepasi ujian untuk semester ni. Hari-hari mummy rasa nak nangis. Tapi, tak boleh. Mummy kene kuat bila setiap kali teringat dekat ummi and ayah mummy. Mummy takut mummy akan kecewakan ummi ayah mummy. Disebabkan diorang, mummy still boleh bertahan sampai harini. Mummy tak nak susahkan ummi and ayah mummy. Setiap hari mummy doa supaya Allah murahkan rezeki parent dan family mummy dunia akhirat. Mummy tak pandai, tapi untuk itu mummy kene berusaha. Sebab mummy pegang janji Tuhan, 'siapa berusaha dia akan berjaya'.

Dalam segenap ruang-ruang waktu yang mummy jalani selama ni, mummy belajar satu benda, iaitu hidup kat dunia perlu dan mesti bertawakal sepenuh hati pada Tuhan. Sebab dalam setiap apa yang dah terjadi, sedang kita jalani atau bakal kita hadapi, seluruhnya berada dalam penguasaan Tuhan. Berserah diri. Sepenuh hati.

Boleh jadi aku tak suka sesuatu perkara tu, tapi yang terbaik untuk dunia akhirat aku Tuhan maha tahu. [2:216]

Tuhan, usah Kau biarkan airmataku gugur untuk segenap rasa yang sia-sia.

Pesan pada diri, aku hidup ber-Tuhan. Jadi, biar seluruhnya hanya karena Tuhan. Kuatlah. Kuatlah karena Tuhan.

Esok 12 Rabi'ul Awal 1437H, banyakkan berselawat wahai seluruh kesayangan. Moga-moga jiwa dan hati kita bisa menjadi seteguh jiwa raga Nabi saw kesayangan hati, biar dicaci, biar disakiti, biar diperangi, namun tetap utuh pertahankan satu jalan Teragung, menuju syurga Tuhan. Heal me, Rabb.

Okay, mummy stop dulu sayang. Ada masa, mummy jenguk awak lagi okay. Doakan mummy! :')