14 March 2015

Tenang

Allah baik.
Baik sangat.

Dia uji.
Kemudian, aku jatuh.

Jatuh.
Atas kelalaian aku yang lalu.

Aku menangis.
Siang malam.

Bersoalkan itu ini.
Kenapa mengapa.

Seolah tidak mensyukuri.
Seolah tidak me-redha.

Allah sapu airmata.
Dengan penuh rasa cinta.

Hati terpujuk.
Hati menyejuk.

Selepas ujian.
Hadirnya rasa tenang.

Tenang selepas tersedar.
Aku hanya perlukan Tuhan.


Tuhan, peluk aku.


1 March 2015

Sedar

Kena sedar.
Mesti sedar.
Wajib sedar.

Yang hidup engkau bukan semata terhenti dekat sini.

Jauh lagi bro. Jauh lagi. Sangat jauh.

Selagi engkau tak mati, selagi itulah engkau perlu dan wajib teruskan perjalanan. 

Tahu, pasti banyak persinggahan. Tapi yang pasti, setiap persinggahan itu punya hikmah. So, teladani setiap hikmah.

Bertahanlah, untuk sikit masa lagi.

Tuhan tak kejam. So, tak perlu kejam dengan diri sendiri.

Chill bro. Chill.

Kata nak jadi solehah. Usaha lagi, please?

Peduli kata-kata sumbang yang sumbing. Sampah.

Bingkas bangun bukan karena insan, tapi semata Tuhan.