Jam sebegini mata masih tak mampu lelap. Tidak ada niat untukku bunuh masa, walau tahu esok pagi ada urusan yang perlu aku uruskan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih diberi pinjaman nikmat iman dan nyawa. Moga terus bisa menjadi hamba yang setia dan bersyukur atas segala nikmat yang ada.
Ingin coretkan sedikit rasa cuma. Bukan untuk sandiwara dunia. Sekadar kenangan bila aku sudah tiada di dunia. Cinta. Indahkan andai sesiapa bisa memilikinya. Pasti terasa bahagia. Bagai dunia ini hanya aku yang punya. Sehingga terlupa siapa sebenarnya Pencipta Cinta.
Dulu. Kuakui. Aku pernah terngadah. Tersungkur oleh bait-bait cinta durjana penuh dusta. Dia yang hanya menjanjikan kata-kata pujangga penuh nista. Hingga aku terlena dari angan yang nyata. Sakit. Sakit yang teramat, bila dia pergi melangkah meninggalkan jiwa yang galau gelora. Alasan demi alasan. Tidak tahan. Tidak ada persefahaman. Biarlah dia bahgia dengan caranya. Melihat aku dari kejauhan katanya. Nyah kau dari dunia beta.
Namun, tidak lama. Kerana sebolehnya aku berjanji pada jiwa, supaya lebih kental, supaya bisa melupakan. Tersedar dengan kasih sayang Tuhan yang tiada hingganya. Sujud syukur kepada-Nya kembalikan aku ke alam nyata, bebas dari ancaman cinta yang tidak akan kemana-mana. Sungguh. Cinta yang Mulia hanya datang dari Dia, Yang Maha Esa.
Dari situ kukenal 'bulatan gembira'. Dari situ kubelajar berdikari dan kenal dari mana datangnya bahagia. Dari situ kubelajar, bagaimana untuk uruskan jiwa dan hati agar tidak membengkak dengan amarah dan benci. Bagai suatu anugerah dari Tuhan, sememangnya Dia tidak pernah sekali-kali abaikan hamba yang merindui dakapan-Nya.
Kini, sudah jauh aku melangkah. Dihadirkan pula setiap insan yang saling menguatkan. Mereka yang tidak pernah meninggalkan, walau tahu aku punya 1001 kekurangan. Biar ribut badai menjengah jiwa, setiapnya saling mendoakan. Ujian demi ujian dititipkan. Terkadang jatuh tersadai, lemah. Namun, kiriman surat cinta Tuhan selalu memberi kesan.
Rabb, mohon terus teguri aku, andai aku melampaui batasan.
Peluk aku, wahai Tuhan. Peluk aku dengan cinta-Mu yang tiada batasan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukuri nikmat,teladani hikmat. :')
Syukuri nikmat,teladani hikmat. :')






