Bismillahirrahmanirrahimmmm
Assalamualaikummmmm.
Allah. Lama tak melawat diari digital aku ni. Busy ke?? Busy lah kot heheh. Busy survey keje buat sementara waktu sebenarnya. Hmm. Doakan aku. Doakan usaha aku diberkati dirahmati ehh. Aminnn.
Lately fikiran terganggu. Asyik airmata je jadi peneman. Huuuu. Lemah sangat ke aku ni?? Tak. Tak. Aku tak lemah. Tak boleh lemah. Because of what?? Allah ada kan. Buat apa nak takut??? Acah-acah berani. Allahuuu. Hanya Engkau yang memahami segenap segi isi hati aku. Berikan aku kekuatan untuk teruskan langkah kaki ini. Kadang aku lalai. Leka dengan nikmat dunia sementara. Sampai satu tahap aku rasa kosong. Kosong. Sebab apa?? Mungkin kerna aku terlalu angkuh dengan-Mu. Ampuni aku, Rabb. :'(
Peluklah aku dengan cinta-Mu.
Aku rindu. Rindu belaian tarbiyyah dari-Mu. Ya. Aku yakin. Semua yang aku sedang lalui saat dan ketika ini merupakan salah satu terbiyyah terindah dari-Mu untukku. Aku yakin. Setiap kejadian yang Kau susun aturkan tidak akan pernah sia-sia. Ya Allah, hebatnya Engkau wahai Tuhanku.
Aku menangis bukan sebab tak tahan diduga. Aku menangis kerana aku sedar yang aku begitu lemah dengan dunia. Aku menangis kerana aku tercari-cari di mana Nur Awanis yang dahulunya seorang yang tidak pernah berputus asa, yang sentiasa yakin dengan hikmah yang tercipta.
Saat ini, aku mula tersedar kembali. Setelah sekian lamanya dibuai angan-angan dan mimpi yang sepi. Ya, sampai bila aku ingin berterusan hanyut oleh nafsu duniawi. Semua ini hanya tipu helah syaitonirrojim untuk terus menarik engkau terjatuh dan tersungkur ke lembah yang paling hina. Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-Quran, "Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama."
Setiap kebimbangan, keresahan, dan ketakutan menerjah dalam sanubari hanyalah bisikan yang bisa menjerumuskan kau ke kancah kerosakan.
Hiduplah. Hiduplah dalam iman. Teruskan melangkah. Yakin dengan takdir Allah. Qowiy.
Nur Awanis, jadilah wanita solehah idaman syurga. Biarlah seantero dunia tidak memandangmu, asalkan penghuni syurga senantiasa menanti kedatanganmu.
Yakin dengan cinta Allah.
Raihlah cinta Allah.
Allah sedang menunggu tanpa rasa jemu.
Allahu, tarik kembali aku menuju bahtera-Mu.
Menangislah Nies, andai itu sahaja bisa mendekatkanmu dengan cinta Tuhan. :')




