4 July 2014

Sederhana

Sederhana.
Bila berkuasa.

Sederhana.
Bila punya segala.

Sederhana.
Kalau suka.

Sederhana.
Dalam mencinta.

Sederhana.
Dari kecewa gila-gila.

Sederhana.
Berpada-pada.

Sederhana.
Jaga-jaga.

Sederhana.
Dalam segala tingkah tuturkata.

Sederhana.
Jauhi riak bangga.

Sederhana.
Pandu jiwa raga.


1 July 2014

Hujan

Pekat malam.
Bulan kelam.
Langit hitam.
Kusam.

Guruh petir silih berganti.
Jam dinding berdetik tanpa henti.
Jiwa mahu lari.
Jasad mahu pergi.

Menangis seorang diri.
Dalam bilik berkunci.
Lari dari realiti.
Lari dari semua yang bisa menyakiti.

Kental-lah.
Gagah-lah.
Usah mengalah.
Selagi kau punya Allah.