Jaga hati.
Bukan kerana kau chenta hati.
Bukan jua kerana aku simpati.
Tapi, biarlah ia untuk Illahi.
Hatiku sayang,
Jangan mudah kalah dengan dunia ya.
Mohon terus gagah perkasa,
Jadi bidadari syurga dunia.
Sod. Ba. Ro.
Sabar.
Tersirat 1001 ceritera bahagia,
Andai mampu menawannya.
Engkau yang entah siapa.
Aku tahu Dia punya rencana.
Jaga hati, jaga diri sebaiknya.
Fi hifzillah ya.
Wahai engkau yang entah siapa.
Doakan aku terus setia.
Setia mencari cinta Pemilik Cinta.
Kerna kuyakin, Dia akan hantarkan kau tepat pada masanya.
Aku adalah engkau.
Engkau adalah aku.
Jadinya, kita sama-sama kuatkan jiwa sebelum bertemu Dia,
Janji ya?
Biar kita tak ketemu di dunia,
Asal aku bisa bertemu denganmu sebagai bidadari di syurga.
*Source picture, sayangku gugel.




