13 September 2013

Kerana Aku..... Rindu

Bismillahirrahmanirrahimmm.

Testing, testing, 1 2 3. Hihi. Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today, In shaa Allah for tomorow. Alhamdulillah sehingga ke detik ini masih bisa merasai nikmat untuk menghirup oksigen dan terus bernafas di atas nama cinta kerana Tuhan yang Esa! :'D 

Wowowow! Rasa lama teramat jari-jemari tak menari-nari menaip al-kisah ceritera diri dalam ditigal diary ni. Banyaaaakkk! Teramat banyak yang ingin dikongsi. Tapiiiiii, kekangan masa yang tidak memberi. Rindu rindu rindu.

Secara ringkas, rasa macam dah terlambat, tapi nak tetap nak wish jugak! Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sefamili, maaf zahir dan batin.




Raya raya jugak lah kannn. Tapi, terfikir tak kita caner rakyat Mesir beraya? Syria? Palestin? Seronok eh bunyi pom pom pom mercun tuu? Alaaaahhhh. Kita dekat Malaysia beraya dengan mercun sakan. Tapi Mesir? Beraya dengan bom real punya okay! Kesimpulannya, tak payah lah gatal-gatal tangan main mercun bagai, sampai tercabut jari, putus tangan semuaa. Haaaa, volunteer diri pergi jadi mujahidin dekat Mesir, dapat gak pahala syahid kalau mati pon. Takdelah mati katak, mati yang sia-sia. Na'uzubillah. Ayuh, sama-sama kita doakan yang terbaik buat saudara kita di sana. Andai kita tak mampu hantar para pejuang, cukup cuma hantarkan doa-doa bagi mereka yang tidak pernah putus asa berjuang. Selamatkan bumi Mesir, Palestin, Syria, Ghaza ya Allah. Kurniakan mereka kekuatan untuk terus berjuang. Amin.




Actually, picture dekat atas ni masa aku attend program Kempen Gaza dan Syria dekat kampus aku. Malam tu sempat untuk aku dengar ceramah dari Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik mengenai isu Syria, and forum mengenai Cinta Monyet Mitos atau Realiti, panel by Imam Muda Hassan dan Sis Adibah from MPP Uitm, Puncak Alam and moderator by Sis Fathimah Az-Zahraa. Cintaa??? Motiff? Hahaha. Jiwa remaja kowwtt. Huehuehue. Bak kata moderator malam tu, 'kenapa heh kampus setiap tahun mesti ada je program tentang cinta paling kurang pon satu mesti ada'. 

Pictures bawah ni masa pergi kenduri akad nikah and majlis resepsi kak ngah anak Chu Na aku, dekat Puchong. 

Ada ciri-ciri seorang ummi tak? Heheheh.

Bersama anak-anak buah den haaaa. 

Cousins yang ohsem!

Cousins jugak. Semua the best! Dari yang bujang, sampai lah yang dah kahwin.

Time suami kak ngah sarungkan cincin. Hihi. Sweeet!

Majlis resepsi.

Congrats untuk kak ngah and husband dari kami sefamilyyy. :)

Okayyyy, kat bawah ni pulak masa aku and classmates pergi ziarah rumah salah seorang classmate, dekat Senawang, Negeri Sembilan. Hehehe. Sedapppp giloss makanan orang nogori ni. Pedasss diaa, perghhhh! Hauuuliaooo punyaa ouh. Kena lah dengan selera aku yang memang suka makan pedas, tapiiiii, sangat elergik dengan sauce. Any sauces. Errr errrr. :D

Ni tak semua ada sebenarnya, ada lagi, tapi yang lain tak dapat join, ada hal masing-masing. Tapi, apa-apa pun, best moment ever. 

Hm hm hmmm. Actually, tak sampai sebulan je lagi dah nak final exam. Serius, debar tak tau nak kata. Assignment ada lagi yang tak submit, last presentation, research for thesis and bla bla blaaa. Ya Allah, ease my way. Moga bisa terus melangkah dan terus teguh berdiri demi Dia. Nis, jangan nangis jangan nangis. Kena kuat okay! Walaupun terasa berat, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi. Moga terus kuat, moga terus thabat. Bismillah.

Ada dekat kampung niii. Hehee, dah lama tak balik! Esok nak pergi jumpa anak buahh. Hurreeeeeeyyy! :'D

Okay-lah, sampai sini dulu. 

Till then, with lovess. <3 <3

5 August 2013

I'm Coming

Bismillahirrahmaanirahim..

Pejam celik, pejam celik, hari ini adalah hari kedua aku berada dekat kampung. Alhamdulillah. Serius! Rasa cepat sangat masa berlalu. ini bermakna 10 hari lagi masih berbaki. And baru hari ni jugak aku baru terasa nak on9 by lappy. So, tergerak hati nak lawat diary digital aku yang gamaknya dah bersawang kot. 


Actually, gambar dekat atas ni saja share dekat sini. Semua tu classmates aku yang ohsem. Ni masa kitorang gathering sesama dekat luar untuk iftar sesama dekat Village View Restaurant, Bangi. Happening and superb sangat okayy! Kempong perot sebab makan, keras perot sebab asyik gelak dengan karenah bebudak tu semua. Haiiyshhh.

1st August! Happy belated besday untuk diri sendiri. Hihi. Jatuh dalam bulan Ramadhan yang mulia. Hehee. Every years tak pernah sekalipun celebrate besday sendiri. Cuma tahun lepas macam berbeza sikit sebab adik-adik roommates yang baik hati sudi spent masa kenakan aku time besday aku, sampai aku nanges-nangeskan, sampai hati korang. Then tetiba plak muncul kek depan aku. Haishhh. Sedih mak nak! Sebab first time and maybe last time kot orang hadiahkan aku kek sebesar tu. Huk huk. Anyway, sweet sangat diorang sebab hadiahkan aku kenangan yang sangat ohsem. Korang memang best! :') Credit to : Qiera, Anna, and Fieqa. 

Okay, tengah kerah otak nak pikir, tapi nampaknya otak dah penat untuk malam ni. Dahi rasa berdenyut-denyut. Jadi, izinkan princess ni beradu dulu yaaa! Jumpa esok. Teringin nak blogwalking macam dolu-dolu. In shaa Allah, andai esok masih ada untukku, aku akan spent time sket untuk itu. Maaf zahir dan batin.

Salam lailatul Qadr. Selamat meneruskan ibadah di dalam bulan penuh barakah ni.

Assalamualaikum.