Bismillahirrahmanirrahimmm.
Testing, testing, 1 2 3. Hihi. Astaghfirullah for yesterday, Alhamdulillah for today, In shaa Allah for tomorow. Alhamdulillah sehingga ke detik ini masih bisa merasai nikmat untuk menghirup oksigen dan terus bernafas di atas nama cinta kerana Tuhan yang Esa! :'D
Wowowow! Rasa lama teramat jari-jemari tak menari-nari menaip al-kisah ceritera diri dalam ditigal diary ni. Banyaaaakkk! Teramat banyak yang ingin dikongsi. Tapiiiiii, kekangan masa yang tidak memberi. Rindu rindu rindu.
Secara ringkas, rasa macam dah terlambat, tapi nak tetap nak wish jugak! Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sefamili, maaf zahir dan batin.
Raya raya jugak lah kannn. Tapi, terfikir tak kita caner rakyat Mesir beraya? Syria? Palestin? Seronok eh bunyi pom pom pom mercun tuu? Alaaaahhhh. Kita dekat Malaysia beraya dengan mercun sakan. Tapi Mesir? Beraya dengan bom real punya okay! Kesimpulannya, tak payah lah gatal-gatal tangan main mercun bagai, sampai tercabut jari, putus tangan semuaa. Haaaa, volunteer diri pergi jadi mujahidin dekat Mesir, dapat gak pahala syahid kalau mati pon. Takdelah mati katak, mati yang sia-sia. Na'uzubillah. Ayuh, sama-sama kita doakan yang terbaik buat saudara kita di sana. Andai kita tak mampu hantar para pejuang, cukup cuma hantarkan doa-doa bagi mereka yang tidak pernah putus asa berjuang. Selamatkan bumi Mesir, Palestin, Syria, Ghaza ya Allah. Kurniakan mereka kekuatan untuk terus berjuang. Amin.
Actually, picture dekat atas ni masa aku attend program Kempen Gaza dan Syria dekat kampus aku. Malam tu sempat untuk aku dengar ceramah dari Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik mengenai isu Syria, and forum mengenai Cinta Monyet Mitos atau Realiti, panel by Imam Muda Hassan dan Sis Adibah from MPP Uitm, Puncak Alam and moderator by Sis Fathimah Az-Zahraa. Cintaa??? Motiff? Hahaha. Jiwa remaja kowwtt. Huehuehue. Bak kata moderator malam tu, 'kenapa heh kampus setiap tahun mesti ada je program tentang cinta paling kurang pon satu mesti ada'.
Pictures bawah ni masa pergi kenduri akad nikah and majlis resepsi kak ngah anak Chu Na aku, dekat Puchong.
Ada ciri-ciri seorang ummi tak? Heheheh.
Bersama anak-anak buah den haaaa.
Cousins yang ohsem!
Cousins jugak. Semua the best! Dari yang bujang, sampai lah yang dah kahwin.
Time suami kak ngah sarungkan cincin. Hihi. Sweeet!
Majlis resepsi.
Congrats untuk kak ngah and husband dari kami sefamilyyy. :)
Okayyyy, kat bawah ni pulak masa aku and classmates pergi ziarah rumah salah seorang classmate, dekat Senawang, Negeri Sembilan. Hehehe. Sedapppp giloss makanan orang nogori ni. Pedasss diaa, perghhhh! Hauuuliaooo punyaa ouh. Kena lah dengan selera aku yang memang suka makan pedas, tapiiiii, sangat elergik dengan sauce. Any sauces. Errr errrr. :D
Ni tak semua ada sebenarnya, ada lagi, tapi yang lain tak dapat join, ada hal masing-masing. Tapi, apa-apa pun, best moment ever.
Hm hm hmmm. Actually, tak sampai sebulan je lagi dah nak final exam. Serius, debar tak tau nak kata. Assignment ada lagi yang tak submit, last presentation, research for thesis and bla bla blaaa. Ya Allah, ease my way. Moga bisa terus melangkah dan terus teguh berdiri demi Dia. Nis, jangan nangis jangan nangis. Kena kuat okay! Walaupun terasa berat, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi. Moga terus kuat, moga terus thabat. Bismillah.
Ada dekat kampung niii. Hehee, dah lama tak balik! Esok nak pergi jumpa anak buahh. Hurreeeeeeyyy! :'D
Okay-lah, sampai sini dulu.
Till then, with lovess. <3 <3

















