Assalamualaikum!
Ok, dah lama tak menulis. Haritu plan nak tulis tapi busy sket. So, ni baru ada kesempatan. First of all, nak ucap Alhamdulillah dah settle urusan pre-reg course dan check in hostel. Alhamdulillah dah siap kemas bilik so sebab tu takde gelisah sangat dah. Even pada awalnya seriously aku cakap, bapak malas gile nak balik UKM. Hmm, tahla, rasa berat. Tapi, sampai bila nak rasa berat kan. Haha, tanggungjawab belajar tak habis lagi. Nak tak nak kene usaha lebih. Renew niat. Aku datang ni niat nak menuntut ilmu semata-mata Allah. Biiznillah.
Ok, sebenarnya taknak cakap pasal semester baru pon haha. Alhamdulillah, minggu lepas 29 Ogos 2015, hari graduasi aku. Okay, sepanjang aku belajar di KUIS selama 5 tahun; foundation 1 tahun, degree 4 tahun, segala jenis suka-duka pahit-manis jatuh-bangun-tergolek ketawa-menangis aku lalui bersama-sama dengan sahabat-sahabat, rakan seperjuangan, mungkin semua itu takkan boleh lagi untuk aku dapatkan di luar sana. Dan, biarlah. Biar semua kenangan itu aku simpan kemas dalam kotak hati. so far, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Even ahli keluarga aku tak datang semua, tapi perasaan bahagia yang ada itu memadai dari segala-galanya. Untuk ummi, untuk ayah aku gagahi. :)
Konon-konon sehari sebelum tu ada buat pre-convo ahaha. Tapi tak macam pre-convo pon haha. Satu hal pemandangan main hentam je kat memana pon, then gambar huduh je memasing ahah. Just sesaja snap gambar untuk buat kenangan. Yela, lepasni mesti susah dah nak jumpa ramai-ramai. Sekarang pon dah mula rindu.
Bawah-bawah ni semua masa hari kejadian. Dalam family aku, ayah cakap aku lain dari yang lain. Sebab aku sorang jela tak buat sesi photoshoot dekat studio sempena majlis konvo. Aku yang taknak. Lagipun tak tahu lah, rasa macam takde perasaan sangat. Cukup lah setakat gambar mana yang ada, tak kisah cantik ke tak gambar tu, setakat guna camera handphone je so faham-faham jela kan, tapi cukup dalam tu ada orang-orang yang aku sayang, terpaling memadai bagi aku.
Family aku yang meraikan hari jubah aku. Abang-abang aku tak dapat turun sebab keje. :')
Ummiiiii, i love youuu.
Ayahhh, thank youuuu for everythinggggs.
Niii kawan baik aku dari zaman sekolah menengah. Rumah dia satu taman aku je. Sedih campur terharu sebab dia sudi bazirkan masa dia untuk datang majlis konvo aku. Dahla datang dari jauh. Huwaaaa, thank you syu. tak tau pon dia nak datang. Tak tau pon dia contact kakak aku cakap nak datang. Masa keluar dari dewan, bila pergi kat family aku, terkejut beruk tengok dia ada sekali. Wei, aku hargaiiiiii. Sayang ko sangat-sangat. :'(
Bersama-sama dengan kalian, aku gembira syukur. :)
Mereka adalah bintang dalam hati aku. :)
Half of my classmates.
Haiii, kami F4. Yeayyy kami officially grad! :)
Alhamdulillah, Thank You Allah. :')
Tamat sudah satu episod dalam hidup. Banyak lagi episod-episod akan datang in shaa Allah, andai diberi keizinan dari Tuhan untuk terus meminjam jasad dan terus bernafas dalam jiwa hamba.
Love.










No comments:
Post a Comment