5 July 2014

Merindu


Sakit gila gila--kalau merindu.
Sedang dia tak pernah ambil tahu.

Biarlah. Biar.
Aku simpan rapi--dalam kamar hati.

Nak diluah--segan nak mati.
Nak disimpan dalam hati--sakit tak terperi.

Rindu.
Hanya aku yang tahu.

Rindu.
Rela diam membisu--malunya aku.

Kerana merindu.
Titis-titis jernih menemani aku.

Pandang langit Tuhan.
Tadah tangan--nangis sorang diri.

Jangan susah hati.

Allah tahu. Allah Maha Tahu.
Luar dalam Dia tahu.

Rabbi.
Jaga hati ini--dari rakusnya nafsu diri.

Jaga dia untukku.
Walau dia tak pandang aku.

Rindu.
Beribu batu.

Rindu.
Moga bersatu. 

Moga.
Walau mustahilnya.

Kerana--aku percaya
Kun fayakun Dia.

:(

3 comments:

Unknown said...

malu itu sebahagian daripada iman..yakin pada janji Dia..insyaallah..walau sejauh mana kita pergi, kalau memang dia jodoh buat kita tak akan kemana :p

Cik nadya said...

memang sakit merindui pada yang xsudi.semoga tabah. dan doa selalu. inshaaALLAH ALLAH sampaikan rindu tuu.

comelnyaa blog dia :)

PeRdU cINta said...

Doa itu senjata mukmin..apa yang pasti mesti yakin..kuasa Allah tiada tandingan..moga doa dimakbulkan..amin..